
Diploma Kemahiran Pengurusan Mutawwif Umrah & Ziarah: Peluang Kerjaya dan Khidmat kepada Umat
Program **Diploma Kemahiran Pengurusan Mutawwif Umrah & Ziarah adalah peluang istimewa bagi mereka yang bercita-cita menjadi mutawwif profesional, membimbing jemaah dalam perjalanan umrah dan ziarah. Program ini dirancang khusus untuk memenuhi permintaan dalam industri pelancongan agama, melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal dan pengetahuan yang diperlukan dalam mengurus perjalanan ibadah.
Setinggi- tinggi tahniah diucapkan kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UNIRAZAK yang telah berjaya menerima surat perlantikan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai penjawat awam DG41. Seluruh warga SIDMA dan UNIRAZAK Sabah turut berbangga dengan perlantikan ini. Ini membuktikan bahawa graduan universiti swasta sentanding dengan graduan univeristi awam.
Saya bercita-cita untuk menjadi guru tetapi keputusan SPM saya tidak layak untuk masuk ke Institusi Perguruan Malaysia (IPG), di mana saya boleh sambung pengajian untuk mencapai cita-cita sebagai seorang guru?
Bagi lepasan SPM yang mempunyai minat mendalam dalam bidang pendidikan pastinya akan mencari 1001 jalan untuk meneruskan cita-citanya. Ini sama kisahnya seperti Cikgu Fredoline yang kini bertugas di SM Chung Hwa, Tenom yang sanggup berhenti belajar di Universiti Awam kerana tidak berminat dengan kursus yang ditawarkan, walaupun telah menghabiskan satu semester beliau nekad berhenti dan menyambung pengajian ke UNIRAZAK Sabah dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kerana cintanya kepada bidang pendidikan. Berbekalkan kecekalan dan usaha tanpa menoleh kebelakang beliau berbangga dengan profesion yang disandangnya sekarang sebagai seorang guru.
