DIPLOMA KEMAHIRAN PENGURUSAN MUTAWWIF UMRAH & ZIARAH
Pengenalan
Diploma Kemahiran Pengurusan Mutawwif Umrah & Ziarah merupakan program pendidikan yang disusun khusus bagi memenuhi keperluan industri perkhidmatan pelancongan agama, khususnya dalam pengurusan dan penyelenggaraan perjalanan umrah dan ziarah. Program ini bertujuan menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran praktikal serta nilai-nilai etika yang diperlukan untuk menjadi mutawwif yang cekap, profesional dan berkualiti tinggi.
Dengan penekanan kepada pendekatan praktikal dan aplikasi industri, program ini bukan sahaja memberi pengetahuan teori, malah turut menekankan kemahiran praktikal yang selaras dengan keperluan sebenar industri pelancongan agama. Melalui program ini, pelajar diharapkan mampu menjadi mutawwif yang profesional, berdaya saing serta menyumbang secara positif kepada kemajuan industri umrah dan ziarah.
Syarat Kelayakan
- Menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
- Boleh membaca Al-Quran
- Berumur 18 – 40 tahun
- Warganegara Malaysia
- Sihat mental dan fizikal
Peluang Kerjaya
- Travel Guide
- Mutawwif Profesional
- Usahawan Agensi Pelancongan
- Konsultan Perjalanan Umrah dan Haji
- Penceramah Bebas
- Pengurus Perjalanan
- Pengurus Agensi Pelancongan
- Pegawai Pemasaran
- Pengusaha Pelancongan Muslim
- Tenaga Pengajar
