SKM T3 - PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pengenalan Program
Program SKM Tahap 3 dalam Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak direka untuk melatih peserta menjadi tenaga kerja mahir dalam bidang penjagaan dan pendidikan kanak-kanak berusia 0 hingga 4 tahun. Program ini merangkumi kemahiran asas penjagaan harian, perkembangan fizikal dan kognitif, interaksi sosial, keselamatan kanak-kanak, pengurusan pusat penjagaan serta asas pentadbiran.
Objektif Program
Peserta program ini akan:
- Memahami tugas dan tanggungjawab sebagai pengasuh dan pendidik awal kanak-kanak.
- Mengetahui cara mengurus, mendidik dan menjaga kanak-kanak dalam persekitaran penjagaan harian.
- Menerapkan nilai sosial, etika dan keselamatan dalam setiap aktiviti harian kanak-kanak.
- Memahami perkembangan kanak-kanak mengikut tahap umur dengan lebih sistematik.
Maklumat Utama Latihan
Tahap Pengajian: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
Kod Program: T982-001-3:2017
Tempoh Pengajian: 15 bulan
Kelayakan Masuk:
- Menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
- Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 16 hingga 40 tahun.
Prospek Kerjaya
Selepas tamat program, graduan berpeluang menceburi bidang berikut:
- Pengasuh TASKA / Pendidik Awal Kanak-Kanak
- Pembantu Guru Tadika / Pusat Jagaan
- Usahawan TASKA
- Freelance Babysitter / Pengendali Pusat Transit Penjagaan
- Penolong Guru Tadika / Penulis Sumber Pembelajaran Kanak-Kanak
- Parenting Coach / Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak
