SKM T3 - Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

SKM T3 - PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Pengenalan Program

Program SKM Tahap 3 dalam Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak direka untuk melatih peserta menjadi tenaga kerja mahir dalam bidang penjagaan dan pendidikan kanak-kanak berusia 0 hingga 4 tahun. Program ini merangkumi kemahiran asas penjagaan harian, perkembangan fizikal dan kognitif, interaksi sosial, keselamatan kanak-kanak, pengurusan pusat penjagaan serta asas pentadbiran.

Objektif Program

Peserta program ini akan:
  • Memahami tugas dan tanggungjawab sebagai pengasuh dan pendidik awal kanak-kanak.
  • Mengetahui cara mengurus, mendidik dan menjaga kanak-kanak dalam persekitaran penjagaan harian.
  • Menerapkan nilai sosial, etika dan keselamatan dalam setiap aktiviti harian kanak-kanak.
  • Memahami perkembangan kanak-kanak mengikut tahap umur dengan lebih sistematik.

Maklumat Utama Latihan

Tahap Pengajian: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
Kod Program: T982-001-3:2017
Tempoh Pengajian: 15 bulan
Kelayakan Masuk:

  • Menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 16 hingga 40 tahun.

Prospek Kerjaya

Selepas tamat program, graduan berpeluang menceburi bidang berikut:
  1. Pengasuh TASKA / Pendidik Awal Kanak-Kanak
  2. Pembantu Guru Tadika / Pusat Jagaan
  3. Usahawan TASKA
  4. Freelance Babysitter / Pengendali Pusat Transit Penjagaan
  5. Penolong Guru Tadika / Penulis Sumber Pembelajaran Kanak-Kanak
  6. Parenting Coach / Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak

 

Search