Event

Festival Tari Borneo Ke-8 Membawa Kebudayaan Yang Mengagumkan.


FTB2023

Kota Kinabalu, Sabah: 7 hingga 10 November 2023, Sabah Negeri Di Bawah Bayu telah menjadi saksi kepada kemeriahan Festival Tari Borneo Edisi Ke-8, 2023 yang diadakan di Kompleks Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah. Festival dwi-tahunan yang sangat dinantikan ini menjadi titik pertemuan yang menakjubkan bagi penari, seniman, dan pencinta seni dari seluruh pelusuk kepulauan Borneo.

Festival kali ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Samsinar binti Md. Sidin Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan dihadiri oleh semua wakil-wakil seluruh Universiti dan Universitas di kepulauan Borneo. Penganjuran tahun ini juga dijayakan hasil kerjasama SIDMA College, selaku Pusat Wilayah UNIRAZAK Sabah, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) serta Education Malaysia Global Services (EMGS).

 

Menurut Prof Dr Morni Kambrie, selaku pengerusi penganjur Festival Tari Borneo Edisi Ke-8  dalam ucapan pembukaannya, festival ini tidak hanya menjadi platform bagi para penari untuk mempersembahkan keindahan gerakan tradisional mereka, tetapi juga sebagai medium untuk memelihara warisan budaya yang kaya dan mempromosikan kepelbagaian seni tari di rantau kepulauan Borneo. Malah, beliau berharap agar festival ini juga turut memberi peluang kepada para mahasiswa di kepulauan Borneo untuk saling bertukar-tukar pendapat dalam menjiwai ilmu kesenian dan juga kebudayaan. FTB2023

Festival Tari Borneo Edisi Ke-8 ini telah disertai oleh 10 buah Universiti dan Universitas daripada Sabah, Sarawak, Labuan, Brunei Darussalam dan Kalimantan Indonesia iaitu :

  1. Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Malaysia
  2. Universiti Teknologi MARA (UiTM Cawangan Sabah), Malaysia
  3. Universiti Teknologi MARA (UiTM Cawangan Sarawak), Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Malaysia
  5. Universiti Brunei Darussalam (UBD), Brunei Darussalam
  6. Universitas Tanjungpura (UNTAN), Kalimantan, Indonesia
  7. Universitas Lambung Mangkurat (ULM), Kalimantan, Indonesia
  8. Universitas Palangka Raya (UPR), Kalimantan, Indonesia
  9. Universitas Mulawarman (UNMUL), Kalimantan, Indonesia
  10. Universitas Borneo Tarakan (UBT), Kalimantan, Indonesia

Sepanjang 4 hari festival berlangsung, antara persembahan yang dipertandingkan adalah Seni Tarian Tradisional dan Etnik Kreatif. Hasil daripada pertandingan Etnik Kreatif, Universitas Tanjungpura melalui Kumpulan Tari UNTAN Creative daripada Pontianak, Kalimantan, Indonesia telah merangkul Kejuaraan berganda pada kali ini, di samping memenangi Anugerah Platinum dan Tempat pertama Koreografer Terbaik serta Tempat kedua Susunan Muzik Terbaik. Juara pada tahun ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 5000.00 berserta piala diikuti dengan Piala Pusingan.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu melalui persembahan daripada Kumpulan Tari Santri D’Wangsa Putra, serta merangkul Anugerah Sampingan tempat kedua Koreografi Terbaik dan tempat ketiga Susunan Muzik Terbaik.

Sementara Universitas Palangkaraya menduduki tempat ketiga kejuaraan turut membawa pulang Anugerah sampingan tempat ketiga Koreografer Terbaik.

Malam Penutup festival yang juga malam penyampaian hadiah telah dihadiri oleh Pengasas Festival Tari Borneo iaitu Ybhg. Prof. Dato Dr. Hj Jamil Bin Hj Hamali, yang merupakan Rektor Universiti Teknologi Mara, Kampus Sarawak. Dalam ucapan beliau, menjadi satu kebanggaan seluruh institusi pendidikan tinggi di kepulauan Berneo ini untuk sama-sama menjayakan festival ini secara dwi-tahunan dan beliau berharap festival kali ini tidak hanya tertumpu kepada Seni Tari Kebudayaan Borneo sahaja dan ia perlu dikembangkan dalam pelbagai sudut termasuklah Seni Muzik Tradisional dan Jazz. Manakala kesepakatan IPT Seluruh Berneo boleh menjadi satu titik kesinambungan silaturahim termasuklah juga perkembangan dan kerjasama dalam hal ehwal Akademik dan Ko-Kurikulum.

Senarai penuh pemenang bagi Anugerah Utama dan Anugerah Sampingan adalah seperti berikut ;-

ANUGERAH UTAMA:

Anugerah Platinum :

  1. Universitas Tanjungpura (UNTAN), Indonesia.
    Kumpulan Tari UNTAN Creative.

  2. Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Malaysia
    Kumpulan Tari Santri D’Wangsa Putra

  3. Universitas Palangka Raya (UPR), Indonesia
    Kumpulan Tari Sanggar Seni dan Budaya Tunjung Nyaho

Anugerah Emas :

  1. Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Malaysia
    Kumpulan Tari Rumpun Seni UiTM Sarawak.

  2. Universitas Lambung Mangkurat (ULM), Indonesia
    Kumpulan Tari Sumangat Lambung Mangkurat

  3. Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Malaysia
    Kumpulan Tari Taming Sari UMSKAL

Anugerah Perak :

  1. Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Malaysia
    Kumpulan Tari Mahasiswa Seni Sabah (MASes).

  2. Universitas Mulawarman (UNMUL), Indonesia
    Kumpulan Tari UKM Tari Mulawarman

  3. Universitas Borneo Tarakan (UBT), Indonesia
    Kumpulan Tari Gentari Paguntaka

Anugerah Gangsa :

  1. Universiti brunei Darussalam (UBD), Brunei Darussalam
    Kumpulan Tari Anggun Tari Budaya

 

ANUGERAH SAMPINGAN

Koreografer Tarbaik :

  1. Universitas Tanjungpura (UNTAN), Indonesia.
  2. Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Malaysia
  3. Universitas Palangka Raya (UPR), Indonesia

Busana & Tatarias Tarbaik :

  1. Universitas Lambung Mangkurat (ULM), Indonesia 
  2. Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Malaysia
  3. Universitas Mulawarman (UNMUL), Indonesia

Susunan Muzik Tarbaik :

  1. Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Malaysia 
  2. Universitas Tanjungpura (UNTAN), Indonesia.
  3. Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Malaysia

 

Pautan Pantas :
Laman Web Festival Tari Borneo Ke-8, 2023
Keputusan pertandingan Etnik Kreatif FTB2023
Galeri FTB 2023
Youtube

Search