All Bulletin

1000282323Kota Kinabalu, 29 Oktober 2025 – Kolej SIDMA Sabah melakar satu lagi sejarah apabila menganjurkan Majlis Konvokesyen Ke-11 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah. Majlis penuh bermakna itu meraikan kejayaan 96 graduan daripada pelbagai program akademik yang ditawarkan. Daripada jumlah tersebut, 75 graduan merupakan lepasan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DECE), manakala selebihnya terdiri daripada Diploma Pengurusan (11 graduan), Diploma Pengurusan Sukan (5 graduan) dan Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (5 graduan). Pelbagai disiplin pengajian ini mencerminkan komitmen SIDMA dalam menyediakan peluang pendidikan menyeluruh yang menepati keperluan semasa industri dan masyarakat.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Prof. Dr. Bustam Kamri daripada Universiti MAIWP, yang menyampaikan ucapan perasmian. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa pendidikan bukan hanya tentang memperoleh segulung diploma, tetapi juga mengenai pembangunan insan secara menyeluruh. Beliau turut menegaskan kepentingan bidang pendidikan awal kanak-kanak dalam membentuk generasi masa depan yang berilmu dan beretika, seiring dengan dasar kebajikan kanak-kanak yang ditekankan oleh pelbagai pihak termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Menurutnya, usaha memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak juga perlu seiring dengan pelaksanaan standard keselamatan di taska dan tadika bagi menjamin keselamatan dan kualiti pembelajaran di peringkat prasekolah.

IMG 20241122 WA0156

KOTA KINABALU, 22 November 2024 – SIDMA College Sabah melakar sejarah baharu apabila meraikan seramai 107 graduan sempena Majlis Konvokesyen Ke-10 yang berlangsung di Dewan Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Sabah. Majlis penuh gilang-gemilang itu telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin.

Halaman 1 dari 49

Search