Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK

MOHE/MQA: R2/143/4/0221 5/23 (A8330)
TAHAP: Diploma


Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di SIDMA College direka untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran kreatif dan pengetahuan praktikal yang diperlukan sebagai Pendidik Awal Kanak-Kanak yang kompeten. Apabila tamat program ini, graduan akan dilengkapi dengan pengetahuan dan pemahaman mereka dalam membangunkan kukrikulum pendidikan awal kanak kanak dan merancang pengalaman pembelajaran yang selaras dengan keperluan asas pendidikan perkembangan kanak- kanak. Mereka juga akan memiliki kemahiran untuk menetapkan, menyediakan, dan mengekalkan persekitaran yang mementingkan kemahiran literasi awal kanak-kanak, keselamatan kanak-kanak, penjagaan kesihatan, dan persekitaran penyayang yang mendorong pertumbuhan dan pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, graduan akan menunjukkan profesionalisme yang teguh dengan mengekalkan nilai, sikap, dan standard etika, dan mereka akan terlatih dengan kemahiran berkomunikasi secara efektif dengan kanak-kanak, rakan sekerja, keluarga, dan masyarakat secara menyeluruh. Kemahiran komunikasi berkesan dapat menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam perkembangan  anak-anak mereka. Pelajar juga akan didedahkan dengan kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis agar mereka dapat membuat keputusan dalam menghadapi krisis atau isu-isu semasa dalam masyarikat terutama perkara yang  berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Kaedah penyelesaian masalah yang dipelajari menerapkan refleksi diri, menggunakan kaedah saintifik, dan menggalakkan pemikiran kreatif dalam pendekatan mereka dalam menjaga dan mendidik kanak-kanak. Graduan akan dengan cekap mendapatkan, memilih, dan mengaplikasikan maklumat untuk meningkatkan pembelajaran awal kanak-kanak, perkembangan bahasa literasi, perkembangan fizikal dan peribadi, sambil memamerkan kemahiran pengurusan dan keusahawanan penting yang disesuaikan dengan tuntutan unik persekitaran kanak-kanak. Selain itu graduan bersedia untuk berdepan dengan isu semasa yang berkaitan dengan  kerjaya mereka.

Kurikulum program Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak  ini menepati kehendak Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2008 berikut “ Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2008 ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistic bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada." Bahasa Kebangsaan a.

Prospek Kerjaya


Guru • Guru tadika • Pensyarah • Pengurus Acara Kanak-Kanak • Usahawan • Pembantu Penjaga Kanak-Kanak • Pemilik Pusat Penjagaan Kanak-Kanak • Penulis Buku Kanak-Kanak • Pengisah Cerita • Kaunselor • Penyedia Penjagaan Kanak-Kanak Keluarga • Pencipta Permainan • Pemilik Perniagaan • Pekerja Sosial • Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak • Pereka Permainan • Inventor • Pencipta Program • Pereka Taman Tema • Pengeluar Program TV • Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak • Pengawai Kebajikan Masyarakat • Perunding Keluarga •

Tempoh Kursus

2 tahun dan setengah (7 semester)


 

MOHE/MQA: R2/143/4/0221 5/23 (A8330)
TAHAP: Diploma


Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di SIDMA College direka untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran kreatif dan pengetahuan praktikal yang diperlukan sebagai Pendidik Awal Kanak-Kanak yang kompeten. Apabila tamat program ini, graduan akan dilengkapi untuk menggunakan pengetahuan dan pemahaman mereka dalam merancang pengalaman pembelajaran yang selaras dengan keperluan asas pendidikan perkembangan kanak- kanak. Mereka juga akan memiliki kemahiran untuk menetapkan, menyediakan, dan mengekalkan persekitaran yang mementingkan keselamatan kanak-kanak, penjagaan kesihatan, dan persekitaran penyayang yang mendorong pertumbuhan dan pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, graduan akan menunjukkan profesionalisme yang teguh dengan mengekalkan nilai, sikap, dan standard etika, dan mereka akan terlatih dengan kemahiran berkomunikasi secara efektif dengan kanak-kanak, rakan sekerja, keluarga, dan masyarakat secara menyeluruh. Kemahiran komunikasi berkesan dapat menggalakkan pengelibatan ibu-bapa dalam perkembangan  anak-anak mereka. Tambahan pula, mereka akan menggunakan kaedah penyelesaian masalah, menerapkan refleksi diri, menggunakan kaedah saintifik, dan menggalakkan pemikiran kreatif dalam pendekatan mereka dalam menjaga dan mendidik kanak-kanak. Graduan akan dengan cekap mendapatkan, memilih, dan mengaplikasikan maklumat untuk meningkatkan pembelajaran awal kanak-kanak, perkembangan bahasa literasi, perkembangan fizikal dan peribadi, sambil memamerkan kemahiran pengurusan dan keusahawanan penting yang disesuaikan dengan tuntutan unik persekitaran kanak-kanak. Pelajar juga akan didedahkan dengan kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis agar mereka dapat membuat keputusan dalam menghadapi krisi atau isu-isu semasa berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.

Kurikulum program Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak  ini menepati kehendak Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2008 berikut “ Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2008 ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistic bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada."

 Prospek Kerjaya


Guru • Guru tadika • Pensyarah • Pengurus Acara Kanak-Kanak • Usahawan • Pembantu Penjaga Kanak-Kanak • Pemilik Pusat Penjagaan Kanak-Kanak • Penulis Buku Kanak-Kanak • Pengisah Cerita • Kaunselor • Penyedia Penjagaan Kanak-Kanak Keluarga • Pencipta Permainan • Pemilik Perniagaan • Pekerja Sosial • Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak • Pereka Permainan • Inventor • Pencipta Program • Pereka Taman Tema • Pengeluar Program TV • Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak • Pengawai Kebajikan Masyarakat • Perunding Keluarga •

Tempoh Kursus

2 tahun dan setengah (7 semester)


 

Syarat Kemasukan

  • Lulus SPM dengan mendapatkan sekurang-kurangnya 3 kredit pada peringkat SPM/SPM(V), ATAU
  • Lulus dalam SMA / SMU III (Indonesia) atau Diploma Sekolah Menengah (Filipina) atau 3 lulus pada peringkat O-Level, ATAU
  • Mendapat Sijil SIDMA Kolej dalam Pengajian Perniagaan, ATAU
  • Mana-mana kelayakan yang setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Permohonan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) mesti memenuhi kriteria berikut:
    • Berumur 20 tahun ke atas pada tahun permohonan.
    • Memiliki pengalaman kerja yang relevan / pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.
    • Lulus Penilaian APEL untuk peringkat Diploma.

TAHUN 1

  • Bahasa Kebangsaan or Skills Enhancement
  • Basic ICT
  • Children Growth & Development
  • Early Learning & Early Environment
  • Language Communication & Literacy
  • Pengajian Malaysia 2
  • Guiding Young Children
  • Music & Creative Movements
  • Introduction to Organisational Behaviour from Malaysia Perspectives
  • Health, Safety & Nutrition
  • Special Needs for Exceptional Children
  • Play in Early Childhood Education
  • Classroom English for Teachers

TAHUN KE 2

  • Public Speaking or Khidmat Masyarakat
  • Observation & Assessment
  • Curriculum Planning & Development
  • Early Mathematics
  • Early Science
  • Pendidikan Kerohanian & Moral
  • Social Studies in Early Childhood Education
  • Creative Arts
  • Children Literature
  • Programme Planning & Development
  • Entrepreneurship Skills
  • Administration & Management in Early Childhood Education
  • Partnering with Families
  • Partnering with Communities
  • Quality of Early Childhood Education Teacher
  • Early Childhood Educator

TAHUN KE 3

  • Practicum

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Search