KOTA KINABALU: Seramai 179 graduan Kolej SIDMA Sabah menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, manakala 17 lagi menerima Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada Majlis Konvokesyen Kolej SIDMA Sabah kali ke-8 di sini hari ini.

Majlis perasmian yang melibatkan keseluruhan 196 graduan itu disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sosial dan Majlis Penasihat Wanita Sabah, Dr. Ananglangka Mad Kassim.
Salah seorang penerima Anugerah Pelajar Terbaik SIDMA 2022 bagi program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Deedee Cassandra Dallius ketika ditemui berkata, meskipun berhadapan dengan kesukaran melalui pembelajaran ketika fasa pandemik, namun semua itu menjadi satu pengalaman yang amat berharga.
"Keadaan itu menuntut kepada pengurusan masa yang baik berikutan banyak kekangan dan kesukaran semasa pandemik, namun hakikatnya ia merupakan kunci untuk kejayaan," katanya.




SIDMA College Student Representative Council (SRC) Team Building Program – was held successfully despite its postponement due to the rising cases of COVID-19 in Sabah. It was organized by Student Affairs Department (STAD) under Mr. Terence Boyd Stephen's supervision on 14-16 March 2022 at Kiulu Farm Stay, Tamparuli.