
INFO PROGRAM
TENTATIVE PROGRAM
PROGRAM : KEM SOLIDARITI (PERPADUAN) PELAJAR 2025
TARIKH : 16HB – 19HB DISEMBER 2025
TEMPAT : KOISAAN CULTURAL VILLAGE - PENAMPANG, SABAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pihak urusetia mengucapkan terima kasih atas penyertaan anda dalam Student Leaders Solidarity Camp 2025. Berikut merupakan maklumat penting yang perlu diberi perhatian oleh semua peserta
- BARANG KEPERLUAN
- DOKUMEN PENTING
- KETIBAAN PESERTA DI LAPANGAN TERBANG
- PENGANGKUTAN KE LOKASI
- JADUAL PROGRAM
- PERATURAN & TATAKELAKUAN PESERTA
- MAKLUMAT KECEMASAN & PERTANYAAN
Semua peserta disarankan untuk membawa:
| No | Item |
|---|---|
| 1 | Tuala mandi |
| 2 | Berus gigi, ubat gigi & peralatan mandi |
| 3 | Pakaian mencukupi |
| 4 | Pakaian sukan / aktiviti luar |
| 5 | Kasut sukan & selipar |
| 6 | Pakaian tidur |
| 7 | Ubat-ubatan peribadi (jika diperlukan) |
| 8 | Powerbank & pengecas telefon |
Maklumat Tambahan
- Aktiviti luar akan dijalankan; peserta digalakkan membawa topi, sunscreen dan pakaian sesuai.
- Semua makanan yang disediakan adalah halal.
Pastikan anda membawa dokumen berikut:
| No | Item |
|---|---|
| 1 | Kad pengenalan / pasport |
| 2 | Tiket penerbangan |
| 3 | Kad pelajar universiti |
| 4 | Borang kebenaran / pengesahan |
| 5 | “Waiver Form” yang telah diisi dan ditandatangani |
Bagi peserta yang tiba melalui penerbangan:
- AJK Pengangkutan akan menunggu di Arrival Hall mengikut masa ketibaan yang dimaklumkan.
- Peserta perlu menghantar butiran penerbangan (nombor penerbangan & masa tiba) selewat-lewatnya 5 hari sebelum program.
- Sila cari papan tanda “Student Leaders Solidarity Camp” untuk proses semakan kehadiran.
- Peserta luar kawasan diminta tiba sebelum jam 2.00 petang pada hari pendaftaran.
Bas rasmi akan disediakan untuk membawa peserta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke lokasi kem.
Peserta yang datang sendiri diminta merujuk lokasi Google Maps yang akan diberikan oleh urusetia.
Pendaftaran dibuka pada:
Tarikh: 16 Disember 2025
Masa: 12.00 Tengah hari
Tempat: Koisaan Cultural Village Penampang
*Semua peserta wajib mematuhi jadual dan arahan urusetia sepanjang program.
Sepanjang program berlangsung, peserta diminta mematuhi peraturan berikut:
- Dilarang membawa minuman alkohol atau sebarang barang terlarang.
- Jaga kebersihan dan keselamatan diri sepanjang program.
- Hormati fasilitator dan rakan peserta lain.
Jika berlaku perubahan jadual perjalanan atau sebarang masalah, sila hubungi:
Penyelaras Program:
Bonaventure Wences
Ketua Urusetia:
Haslynda Ajmain




