SIDMA College Official |

MAKLUMAN

PERUBAHAN KALENDAR AKADEMIK SEMPENA PILIHANRAYA UMUM KE-15
 
Semua Pensyarah dan Pelajar, Kolej SIDMA
Tuan/Puan,
PERUBAHAN KALENDAR AKADEMIK SEMPENA PILIHANRAYA UMUM KE-15
  1. Kerajaan telah mengumumkan bahawa tarikh pembuangan undi untuk Pilihan Raya Ke-15 (PRU-15) jatuh pada hari Sabtu 19 November 2022. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan pekeliling supaya semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memberi pelepasan kepada pelajar dari 17 hingga 21 November 2022 bagi memberi tempoh yang cukup kepada pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi mengundi sempena PRU-15.
  2. Pihak Pengurusan Kolej SIDMA telah bersetuju untuk meminda tarikh cuti pertengahan Semester Oktober 2022 DARIPADA 21 – 27 November 2022 KEPADA 14 – 21 November 2022 bagi memudahkan para pelajar menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRU-15 dan mengurangkan kos perjalanan kembali ke kampung sepanjang semester.
  3. Semua aktiviti pengajian akademik akan dijalankan semula seperti biasa pada 22 November 2022.
  4. Sila rujuk/muat turun Lampiran Pindaan Academic Timeline Semester October 2022 yang disertakan atau klik di SINI.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
PENDAFTAR
KOLEJ SIDMA

Search