SIDMA College Official - SIDMA College Johan Pertandingan Cabaran Troli Pengguna peringkat Negeri Sabah

All Bulletin

SIDMA College Johan Pertandingan Cabaran Troli Pengguna peringkat Negeri Sabah

ctp2022e
 
Pelancaran Sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022
 
Pengarah KPDNHEP Sabah, Encik Georgie Abas yang mewakili YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah telah melancarkan Sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022 serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang Cabaran Troli Pengguna di salah sebuah pasar raya utama hari ini.
 
Pertandingan Cabaran Troli Pengguna yang berlangsung pada hari ini merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti kepenggunaan yang telah dirancang sepanjang bulan Mac ini, yang juga merupakan Bulan Pengguna Kebangsaan.
 
Sebanyak 23 pasukan telah menyertai pertandingan Cabaran Troli Pengguna pada hari ini dan mereka terdiri daripada ahli-ahli Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kolej Komuniti Kota Marudu, Asean Metropolitan College, Almacrest International College dan SIDMA College.
 
Natasha Jan Anak Embak dan Siti Nurshahira binti Zm Julhani yang mewakili SIDMA College telah menjadi johan pertandingan tersebut dan membawa balik wang tunai sebanyak RM500.00 dan sijil penghargaan. Tempat kedua jatuh kepada Jeanifer Djopirin dan Shan Salverian Supani dari Almacrest International College manakala Vanessa Mansus dan Siti Mardhiah binti Ahmad Masnin yang mewakili SIDMA College mendapat tempat ketiga. Mereka masing-masing memenangi RM300.00 dan RM200.00 serta sijil penghargaan. Ketiga-tiga pasukan ini akan bertanding di peringkat kebangsaan pada 26 Mac 2022 di Nu Sentral.
 
Taklimat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Cawangan Sabah dan kuiz penggunaan turut diadakan semasa Majlis Perasmian Sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah hari ini. Di samping itu, kesemua hasil pembelian para peserta Pertandingan Cabaran Troli Pengguna telah disumbangkan kepada Pertubuhan Bagi Orang-Orang Buta Sabah.
 
 

Search